Serangan Uthmaniyah ke atas Kepulauan Balearic terjadi pada tahun 1501 diketuai oleh laksamana Uthmaniyyah Kemal Reis.[1] Serangan ini dilakukan bersama-sama dengan serangan ke atas Sardinia dan Pianosa (berdekatan Elba).[1]
Serangan pada tahun 1501 ke atas Balearic terjadi berikutan campur tangan awal Uthmaniyah di barat Mediterranean. Campur tangan ini dilakukan sebagai tindak balas berikutan kejatuhan Granada dan sebagai bantuan kepada pemerintah Muslim di sana yang meminta bantuan daripada empayar Uthmaniyyah dalam penentangan beliau ke atas Castile.[1] Selepas menerima permohonan ini, Sultan Bayezid menghantar sebuah armada di bawah pemerintahan Kemal Reis untuk menyerang pantai Sepanyol.[1] Pada tahun 1487 dan sekali lagi pada tahun 1492 apabila Granada jatuh, armada Uthmaniyah digunakan untuk menyelamatkan para pelarian dan mengangkut mereka ke pantai Afrika Utara.[1]
Satu kesan sampingan serangan ini adalah seorang kelas Sepanyol yang ditawan memiliki peta awal milik Columbus.[2]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search